Pertandingan Gambar Dan Video Kreatif Instagram Merdeka 56


Salam 21 Syawal semua..
Arini mi nak share pasal satu pertandingan sempena Hari Kemerdekaan Negara Kita yang ke-56
Mana Mi dapat?
Mi dapat melalui email ofis tadi...
Disebabkan syarat-syaratnya senang aje so Mi share la kat sini..





SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia;

2. Penyertaan adalah PERCUMA;

3. Gambar atau Video yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan dan penerbitan dan dimuatnaik mulai 26 Ogos sehingga 10 September 2013;

4. Tema pertandingan “MALAYSIAKU BERDAULAT; TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”

5. Konsep gambar dan video perlu berunsurkan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut kemerdekaan serta setiap hasil berkenaan mempunyai jalur gemilang. Gambar atau Video berunsur negatif tidak layak untuk dipertandingkan;

6. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;

7. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatatan yang menggunakan sistem ANDROID;

8. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;

9. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar atau video tetapi peserta hanya layak memenangi 1 hadiah sahaja;

10. Pihak penganjur (Jabatan Hal Ehwal Khas) mempunyai hak milik ke atas gambar dan video pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;

11. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada acara Hari Malaysia (16 September 2013); dan,

12. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-
     - Nama peserta
     - Lokasi gambar
     - #im56
     - Caption



 SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:-

1. Facebook (fan page) : Instagram Merdeka56
2. Email : instagrammerdeka@gmail.com
3. Urusetia En. Nasrun Adil Dato’ Mohamed Yusof ditalian 019-570 0858 atau 

    Cik Nurhidayah Mohd Atan ditalian 012-9043189







So, apa lagi...siapa2 yang ada Akaun Instagram ni meh la join...
Mana tau kot2 ada rezeki....

* Selamat Mencuba *

6 ulasan:

safurara berkata...

cane nk snap pic creative ni.xreti.ehehehe.mcm teringin gak nk join.

Unknown berkata...

cer google...hehe...anis pun tak kreatif...saje suka2 share je...ngeeee

Julia Johari berkata...

Best yer...tp akaun ig umi Qi kena download again...huwaaaaa setting bermasalah

Unknown berkata...

xpe umi Qi ada masa lagi...download cecepat...hee

ctmah berkata...

takde idea la dear.hihi

Unknown berkata...

hehe...kita pun xde idea lagi....kena google2 tengok cmne pic org amek leh try....

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015